sembang


ShoutMix chat widget

Friday, December 25, 2009

Saff-one - Perjuangan -

very nice song.
i like this song very much.



Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


Sumber http://kaze-vm.tk/
TanpaNama

Boikot kedai SK

huh. ni sesi nak lepas geram dekat kedai SK.
kedai makan yang terletak di hadapan JPJ Muar.
bayangkan, saya beli nasi, seketul ayam dan sedikit sayur,
semuanya RM5. Pergh!! ingt ni KL ke?
gerenti lepas ni saya xkn izinkan hubby beli
kt kedai tu lagi.

takde lah menyelerakan sgt. klu x lapar, xkn ku mkn.
aishhhh!!!

Boikot!!!

TanpaNama

Tuesday, December 22, 2009

Kepulangan yang bermanfaat

Alhamdulillah,selamat sudah Kem Kepimpinan Nisa' Tautan Hati 2009 yang telah berlangsung di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor pada 18-20 Disember yang lalu. Banyak ilmu serta pengalaman yang dapat dikaut sepanjang 3 hari berada di sana. Baik dari segi motivasi diri mahupun untuk kepentingan Nisa' sendiri.

Dilantik sebagai AJK Unit Multimedia merupakan satu perlantikan yang saya hargai. Tetapi, kita merancang dan Allah yang menentukan segala-galanya. Apa yang terjadi sebenarnya cukup mengecewakan saya, kerana tidak dapat menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik. Namun, hakikat yang tidak dapat saya nafikan, kekecewaan itu memberikan saya satu pengalaman berharga dan juga telah memberi inspirasi baru kepada saya. Terima kasih buat semua sahabat-sahabat Nisa' yang memberikan bantuan dan semangat buat saya. Pertemuan dengan kalian adalah sesuatu yang sangat indah dan berharga.

InsyaAllah, segala ilmudan pengalaman ini dapat merubah diri menjadi untuk menjadi lebih positif dari yang sebelumnya. Tekad saya untuk mengubah diri sendiri juga untuk terus berjuang mempertingkatkan Nisa' kawasan Bakri serta Nisa' seluruh Malaysia, InsyaAllah.

Gambar-gambar kenangan sepanjang 3 hari berada di sana akan saya publishkan setelah siap di edit, InsyaAllah.

* Melangkah bersama menuju perubahan *

TanpaNama

Thursday, December 17, 2009

KEM KEPIMPINAN NISA' JOHOR

 BERSAMA MEMERIAHKAN...
 
Jangan lepaskan peluang bersama kami...

TanpaNama


Monday, December 14, 2009

々Stingy husband 々

anda semua tahu maksud pelit? kalau anda bukan
b'asal dr indonesia,mungkin anda tidak tahu.
ttpi sekiranya anda sering menonton sinet indo,
pasti anda tau.bercerita pasal pelit nih,
ingin saya kongsi satu cerita berkaitan pelit @ stingy.
my hubby is so stingy with me and also with himself.
why i call him stingy? baca cerita sampai habis.


bila dah namanya end of the year kan, mestilah
para karyawan @ pekerja akan mendapat bonus.hehe
so, hubby pun start buat budget untuk kegunaan duit
bonus tu.rm1500 untuk beli hp nokia e72.
rm150 untuk beli baju. bila saya tny baju siapa rm150?
hubby jawab, baju kami b'dua. kekeke
uuuu mmg kedekuttttttttttttt!!!!


haaa ni yg rasa nak membebel nih.
saya perli2 ckp stkt rm150 baju hubby sorg je yg lepas.
hubby pn tersenyum malu2 kucheng sambil m'betulkan
semula budget die tue...

mesti kepala hubby dah pening. haha
haritu nk minta beli e72 utk saya, hubby tak bg.
alih2 rupanya hubby yg dh terbekenan. bijak-bijak.
apapun, hubby very care about my basic needs.
soal makan, hubby mmg tak kisah. malam2 pn sanggup
bawa saya cari makan klu saya lapar.hehe
sayang hubby!!!

** lepas kes mlm td kami gi cari char keuy teaw.
spjg jalan saye panggil hubby stingy..hehe

TanpaNama

Saturday, December 12, 2009

¤ Daftar PASTI sekarang ¤


Pendaftaran anak-anak berumur antara 4-6 tahun ke
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) boleh di buat bermula hari ini.
Segera ke PASTI berhampiran untuk membuat pendaftaran
atau boleh menelefon ke PASTI berdekatan.

Bagi yang berminat untuk menghantar anak anda ke 
PASTI THOHIRIYAH yg bertempat di 
Jln Pt Setongkat Darat, Sg Abong Muar Johor 
bolehlah melalui cara di bawah:

Isnin-Ahad : 8.30am-12pm
-datang terus ke PASTI THOHIRIYAH @ telefon.069556496
Isnin-Ahad 12pm-10pm
-hubungi guru bertugas di talian 0127715753 ( Cikgu Fiza )
**nursery turut disediakan

"Membina Generasi Al-Quran"
 TanpaNama